Travelogue Haji – Part 9: Sepanjang jalan ke Jeddah & Mekah

Sebaik sahaja anda duduk di kerusi di dalam pesawat, maka mulakanlah perjalanan anda dgn membaca doa naik kenderaan.

Di dalam pesawat sebelum berlepas ke Jeddah

Seboleh – bolehnya elakkan berbual kosong semasa berada di dalam pesawat & sebaliknya berusaha untuk:

  • Memperbanyakkan zikir, 
  • Membaca al- Quran, 
  • Membaca/ mengulangkaji buku panduan ibadah haji
  • Menulis doa-doa yang diterima pada saat akhir keberangkatan anda 
  • Menunaikan solat apabila telah masuk waktu solat.
  • Berehat secukupnya

    Sekiranya anda memililih penerbangan akhir, apabila pesawat yang anda naiki menghampiri Qarn-ul-Manazil, para mutawiff atau pilot akan membuat pengumuman untuk anda bersiap sedia berniat haji pada jemaah yang mengerjakan haji ifrad atau niat umrah pada jemaah yang mengerjakan haji tamattuk. 

    Sebaik sahaja anda melafazkan niat haji atau umrah maka anda serta merta berada di dalam ihram & perlu mematuhi 13 larangan ihram iaitu:

    A. Pakaian

    1.  Tidak boleh memakai pakaian berjahit  (lelaki) 
    2. Tidak boleh menutup kepala (lelaki)
    3. Tidak boleh menutup muka (wanita)
    4. Tidak boleh memakai sarung tangan (lelaki & wanita)

    B. Kecantikan (lelaki & wanita)

    1. Tidak boleh berwangi-wangian
    2. Tidak boleh menyapu minyak
    3. Tidak boleh mencabut /menggalkan apa jenis rambut pd tubuh badan
    4. Tidak boleh memotong kuku

    C) Alam sekitar

    1. Tidak boleh memburu binatang buruan
    2. Tidak boleh merosakkan tumbuh-tumbuhan

    D) Hubungan

    1. Tidak boleh berkahwin, mengahwinkan atau menerima nikah
    2. Tidak boleh melakukan mukadimah kpd persetubuhan
    3. Tidak boleh melakukan persetubuhan antara suami & isteriò

      Setibanya anda di Jeddah atau Madinah & sebelum anda melangkah keluar dari pesawat, tinggalkanlah segala pangkat, darjat & pengaruh anda di dalam pesawat kerana ianya tidak langsung membantu anda sewaktu mengerjakan haji. Pasakkanlah rasa kehambaan didalam diri anda & keluarlah dari pesawat sebagai seorang hamba yang tidak punya apa – apa melainkan Allah.  

      Sebaik sahaja anda sampai di lapangan kapalterbang Jeddah atau Madinah anda mungkin perlu menunggu lama untuk pemeriksaan kastam. Banyakkan bersabar & berzikir. 

      Sekiranya sudah masuk waktu solat maka bersolatlah dahulu di mana – mana ruang lapang yang ada. Usah dicari dimana lokasi surau di airport Jeddah kerana sememangnya tiada surau disediakan. Lagipula solat boleh dilakukan dimana-mana sahaja asal sahaja tempat itu bersih. 

      Setelah dipanggil, maka beraturlah menuju ke kaunter imigresen. Sekali lagi anda perlu banyakkan bersabar sewaktu menunggu giliran anda sampai. 

      Sekiranya diwaktu ini mungkin diuji dgn sikap pegawai imigresen yang acuh tak acuh, bekerja sambil lewa atau berlengah – lengah, didiklah diri anda untuk bersabar & tidak mengeluh meskipun protest di dalam hati. Teruskan bersabar & berzikir pada setiap ketika. Anggaplah ujian ini adalah satu wadah utk Allah angkat darjat anda. Siapa tahu dek sebabkan kesabaran anda, Allah permudahkan urusan kerja haji anda nanti. 

      Begitu juga sewaktu anda menunggu atau mengambil bagasi dan juga sewaktu menunggu kenderaan untuk ke tempat penginapan anda.

      Pengalaman saya & suami

      Kami bertolak dari KLIA ke Jeddah pada 22hb August 2017 pukul 2 ptg & selamat sampai di Jeddah pada 23hb August 2017 hampir maghrib.

      Sebaik sahaja turun dr pesawat, kami dibawa menaiki bas ke suatu tmpt menunggu di airport Jeddah. Setelah menemui tempat duduk yang sesuai, suami saya mengambil keputusan untuk ke tandas sementara saya menjaga hand luggage kami. Agak lama juga menunggu rupanya dia terus mengambil wudhuk & elok sahaja masuk waktu maghrib dia terus solat jama’ taqdir maghrib & isya’ di ruang lapang antara sliding door & barisan kerusi yang disusun untuk para jemaah duduk melepaskan penat lelah.

      Usai sahaja dia solat, giliran saya pula ke tandas & mengambil wudhuk. Alhamdulillah saya begerak awal ke tandas kerana elok sahaja saya menyelesaikan urusan, sudah ramai jemaah wanita dr india & pakistan berbaris pj di pintu tandas. Ada di antara mereka mengetuk-ngetuk pintu tandas. 

      Saya kemudiannya berwudhuk dgn penuh berhati-hati menjaga tudung, sarung lengan & stokin dr jatuh ke lantai yang basah digenangi air meskipun air tersebut telah beberapa kali ditolak oleh cleaner.  Sebaik sahaja saya selesai berwudhuk keadaan di dlm tandas semakin sesak & pada waktu itu saya sudah berjaya keluar dan terus begerak ke ruang lapang untuk solat. Alhamdulillah Allah memudahkan urusan saya.

      Saya tidak pasti berapa lama masa kami menunggu rasanya sekitar lebih kurang 2 jam selepas itu kedengaran pegawai immigresen memanggil ‘Malayzia, Malayzia’ seraya memberi isyarat utk kami maju ke kaunter imigresen. Maka seperti yang diarahkan kami pun bergerak beramai-ramai.

      Dalam keletihan berbaris menunggu giliran sampai, suasana sunyi di situ tiba-tiba dipecahkan demgan gemaan zikir yang dilontarkan oleh jemaah haji dari indonesia secara beramai-ramai. Ianya sedikit sebanyak mengambalikan tenaga & semangat saya. 

      Selesai urusan di kaunter imigresen kami kemudiannya bergerak mengambil bagasi. Agak mencabar juga mencari bagasi kami diantara lautan bagasi yang ada tetapi selepas beberapa ketika Alhamdulillah kami jumpa.

      Seterusnya kami dibawa ke satu lagi ruang untuk menunggu bas yang akan membawa kami ke tempat penginapan. Saya sudah terlalu penat & juga lapar kerana belum menjamah apa-apa lagi sebagai makan malam. 

      Sekitar pukul 11 malam bas kami pun sampai. Allah rezekikan bas yang kami naiki tiada tempat menyimpan bagasi & ruang antara kerusi untuk kami duduk juga terlalu sempit sehinggakan kaki kami tidak dapat bengkok secara sempurna. Meskipun begitu, saya tidak mendengar sebarang rungutan pun dr mana – mana jemaah.

      Kami kemudiannya diberikan nasi mandy bungkus, buah & juga air zam-zam. Agak mencabar utk makan malan keadaan yang sebegitu yang mana akhirnya makanan tersebut tidak langsung saya jamah.

      Sepanjang perjalanan ke Mekah, beberapa kali bas yg kami naiki berhenti di beberapa tempat & setiap kali berhenti kami diberikan hadiah berupa air zam-zam, biskut, buah-buahan dan sebagainya. Diri riba saya penuh dgn hadiah-hadiah yang diterima. 

      Bas yang kami naiki akhitnya sampai diperkarangan hotel sewaktu azan subuh sedang berkumandang dari masjidil haram. Walaupun kami teruja untuk ke masjidil haram bagi menunaikan sokat subuh, mutawif  yang membawa kami menyarankan untuk kami berehat & sokat subuh di bilik sahaja memandangkan kami akan mengerjakan umrah pula sekitar pukul 10.00 pagi. 

      Justeru kami amat perlukan rehat yang secukupnya. 

      – to be continued-


      Advertisements
      Posted in Uncategorized | Leave a comment

      Travelogue Haji – Part 8: Hari Keberangkatan

      Sehari sebelum anda berangkat menuju ke tanah suci, susun semua bagasi (luggage, hand luggage & sling bag) anda di hadapan pintu rumah anda untuk memudahkan anda membawanya keluar nanti. 

      Jika anda mengidap penyakit yang memerlukan pengambilan ubat secara berkala seperti darah tinggi, jantung & kencing manis, pastikan anda menyimpan sebahagian dari bekalan ubat anda seperti ubat cair darah, insulin dan sebagainya ke dalam hand luggage untuk memudahkan anda mengambil ubat – ubatan di dalam pesawat seperti yang telah dijadualkan oleh doktor anda. Ini juga penting sekiranya terdapat masalah teknikal dalam pengurusan bagasi, anda masih boleh mengambil ubatan spt biasa tanpa sebarang gangguan kepada jadual pengambilan ubatan anda.

      Jangan lupa untuk membawa Surat Pengesahan Penerbangan  bersama anda.

      Seterusnya jika anda pergi dengan penerbangan akhir, anda dikehendaki memakai pakaian ihram sewaktu menuju ke Kompleks Tabung Haji untuk mengelakkan anda terkocoh-kocoh menukar pakaian sewaktu di atas kapal terbang nanti kerana anda perlu berniat umrah/haji di atas kapal terbang sewaktu melintas Qar-nul Manazil & sebaik sahaja anda menjejakkan kaki ke Makkah, anda akan terus melaksanakan ibadah umrah bagi Haji Tamattuk atau tawaf qudum bagi Haji Ifrad.

      Sebaliknya jika anda memilih untuk pergi dengan penerbangan awal, kebiasaannya anda akan terus dibawa ke Madinah justeru anda tidak perlu memakai pakaian ihram untuk bergerak ke Kompleks Tabung Haji. 

      Secara ringkasnya bagi jemaah yang memilih penerbangan akhir; sebelum bergerak menuju ke Kompleks Tabung Haji, adalah disunatkan untuk anda:

      1.  Mandi sunat ihram,  
      2.  Mengerjakan solat sunat ihram, 
      3.  Mengerjakan solat sunat musafir,
      4.  Memotong kuku,
      5.  Memakai minyak rambut*
      6. Memakai wangian*

      *dibolehkan kerana anda belum lagi melafazkan niat haji atau umrah.

        Setelah itu, pakailah pakaian ihram & bergerak menuju ke Kompleks Tabung Haji dengan menaiki teksi atau dihantar oleh kaum keluarga / sahabat handai anda.

        Penulis (berbaju putih) bersama jiran tetangga sebelum bergerak menuju ke Kompleks Tabung Haji

        Berusahalah untuk berada awal dari waktu pendaftaran di Kompleks Tabung Haji selewat-lewatnya 4 jam sebelum waktu penerbangan. 

        Setibanya anda di perkarangan Kompleks Tabung Haji anda akan menyaksikan bilangan manusia yang ramai dek kerana ramainya ahli keluarga yang ingin turut sama menghantar para dhuyufurrahman ke tanah suci.  

        Penulis bersama adik & saudara -mara di Kompleks Tabung Haji

        Pada ketika ini anda dapat menyaksikan pelbagai gelagat & karenah manusia yang mungkin sedikit sebanyak menjengkelkan anda. Latih diri anda untuk bersabar & berlapang dada juga perbanyakkan zikir & doa. Elakkan dari berbual kosong & ingatkan diri anda akan objektif kembara anda ke tanah suci. Sedikit sebanyak ia akan membantu anda untuk fokus. 

        Apabila tiba giliran nombor kod pesawat anda dipanggil; contohnya seperti KT 01 etc, maka begeraklah menuju ke kaunter yang berkenaan & serahkan Surat Pengesahan Penerbangan kepada pegawai bertugas. Anda kemudiannya akan diberikan gelang pengenalan, luggage tag & pengenalan diri untuk dipakai. 

        Gelang pengenalan hendaklah sentiasa dipakai terutamanya sewaktu ke masjidil haram, Arafah & Mina

        Luggage tag

        ID Card – pengenalan.diri juga hendaklah sentiasa dipakai

        Seterusnya nombor kod pesawat anda akan dipanggil lagi untuk daftar masuk/check in. Maka bergerak lah ke pintu masuk ke bangunan kompleks tabung haji  secara beratur dan tertib.  Hanya jemaah haji sahaja dibenarkan masuk ke dalam bangunan tersebut 

        Sebaik sahaja anda masuk ke dlm bangunan berkenaan, anda dikehendaki mengimbas/ scan kesemua bagasi yg anda bawa & setelah itu begerak ke kaunter untuk mendapatkan passport & boarding pass.

        Boarding pass

        Sejurus menerima passport anda, letakkan ianya di poket hadapan bag galas anda seperti di dalam gambar di bawah ini untuk memudahkan anda mencapainya nanti kerana dokumen ini akan diminta berkali – kali oleh petugas tabung haji sewaktu anda mendaftar masuk ke Kompleks Tabung Haji juga sewaktu anda ingin menaiki pesawat.  

        Selain drpd itu ianya akan memudahkan anda semasa pemeriksaan kastam di Lapangan Terbang Jeddah atau Madinah nanti.

        Letakkan passport & buku rawatan di poket hadapan slig bag anda

        Ambil gambar muka depan passport anda (bahagian yg ada gambar anda) & visa haji untuk memudahkan anda membeli sim card di sana nanti. Biasanya penjual sim card memerlukan anda menunjukan pasport & visa haji kpd mereka sebelum menjual sim card kepada anda. Memadangkan passport anda akan dipegang oleh syarikat travel agent atau tabung haji, maka memadailah anda menunjukkan gambar muka depan passport & visa haji kepada mereka. Sum card ini amat berguna untuk anda berkomunikasi dgn ahli keluarga di tanahair.

        Pelbagai jenis sim card ada dijual mengikut keperluan & size data. 

        Nota:

        Saya beli sim card ‘internet only’ yang tidak memerlukan saya menukar nombor Saudi. Ia memudahkan saya berhubung dengan anak-anak di Malaysia secara online melalui apps ‘imo’ yang saya muat turun dr google play. Ia juga mudahkan saya berkomunikasi dgn suami melalui whatsapp.  

        Selesai sahaja urusan penyerahan passport & boarding pass, anda akan dibawa ke dewan taklimat untuk mendengar taklimat akhir dari pihak pengurusan tabung haji.

        Setelah selesai taklimat akhir oleh tabung haji, anda akan dibawa menaiki bas ke KLIA & terus menaiki pesawat tanpa perlu membuat daftar masuk/check in sekali lagi. 

        Bas yg membawa jemaah haji tiba di KLIA

        Dengan ini maka kembara haji anda pun bermula.

        Nota:

        1. Ada kalanya anda diuji dengan kelewatan penerbangan sehingga memakan masa berhari-hari. Sekiranya situasi ini berlaku maka berlapang dada, bertenang & banyakkan solat hajat & berdoa. 

        2. Perkongsian di atas adalah bagi jemaah yang menaiki pesawat yg di’chartered’ oleh pihak Tabung Haji atau syarikat travel agent. Sekiranya jemaah pergi dgn menaiki pesawat komersil, mereka akan terus ke KLIA tanpa perlu ke Kompleks Tabung Haji.

        Posted in Uncategorized | Leave a comment

        Travelogue Haji – Part 7: Persiapan Akhir

        Berikut adalah persiapan akhir yg boleh anda ambil sebelum berangkat mengerjakan haji. 

        Panduan yang saya kongsikan dibawah adalah panduan am sahaja yang mana terpulang kepada anda untuk mengikut atau megubahnya mengikut kesesuaian anda.

        Kira-kira dua minggu sebelum berangkat ke Mekah atau Madinah, seboleh mungkin elakkan lah menerima kunjungan tetamu ke rumah anda kerana anda perlu menyimpan tenaga semaksimum mungkin yang bakal anda gunakan sepenuhnya sewaktu di Mekah atau Madinah nanti. 

        Selain dari itu, semak semula keperluan anda dan beransur-ansurlah menyimpan segala barangan keperluan anda ke dalam bagasi yang akan anda bawa nanti.

        Semak juga segala doa yang telah anda karang dan tulis yang mungkin perlu diedit atau ditokok – tambah. 
        Note:

        1.Saya beli buku nota size kecil seperti di bawah ini utk tulis doa – doa termasuk doa yg dikirim oleh ahli keluarga & kawan-kawan. Ianya mudah disimpan di salam ‘sling bag’ utk di bawa ke masjid


        2. Saya buat Table of Content di muka surat pertama buku nota ini untuk memudahkan saya mengarang & mencari doa yang hendak dibaca. Dengan adanya Table of Content sebegini, dpt membantu saya utk tidak mengarang atau menulis doa yang sama berulang-ulang
        3. Doa yang saya tulis berbentuk point form sahaja untuk memudahkan saya mengingatkan isi/ perkara penting yang hendak didoakan.
        4. Akan ada kawan-kawan atau saudara – mara yang mengirimkan doa. Terimalah dgn hati yg terbuka & buang jauh-jauh perasaan tidak senang yang mungkin timbul dan ingatlah akan hadith nabi ini:

         Di antara dalil yang menunjukkan hal tersebut adalah apa yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim dari Shafwan, ia adalah Ibnu ‘Abdillah bin Shafwan, dan umur ad-Darda’ di bawahnya, beliau berkata: “Aku pergi ke Syam dan mendatangi Abud Darda’ Radhiyallahu anhu di rumahnya, tetapi beliau tidak ada di rumah, yang ada hanyalah Ummud Darda’ رَحِمَهَا اللهُ تَعَالَى, ia berkata: ‘Apakah tahun ini engkau akan pergi haji?’ ‘Ya,’ jawabku. Dia berkata: ‘Do’akan kami dengan kebaikan, karena Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda:

        دَعْوَةُ الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ لأَخِيْهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ مُسْتَجَابَةٌ عِنْدَ رَأْسِهِ مَلَكٌ مُوَكَّلٌ. كُلَّمَا دَعَا ِلأَخِيْهِ بِخَيْرٍ، قَالَ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ: آمِيْنَ. وَلَكَ بِمِثْلٍ.

        ‘Do’a seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang dido’akannya [1] adalah do’a yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada Malaikat yang menjadi wakil baginya. Setiap kali dia berdo’a untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka Malaikat tersebut berkata: ‘Aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”

        Sumber: https://almanhaj.or.id/3299-doa-para-malaikat-bagi-orang-yang-mendoakan-saudaranya-dari-kejauhan.html

        Satu lagi persediaan yang anda perlu buat ialah membuat penukaran mata wang dari Ringgit Malaysia ke Saudi Riyal sekadar yang perlu.
        Memotong rambut pendek bagi jemaah wanita kerana bimbang rambut yang panjang jika diikat bakal terputus dari akarnya dan kita akan dikenakan dam.
        Membeli barangan dapur/ keperluan rumah secukupnya untuk ahli keluarga yang tinggal sepanjang anda berada di tanah suci supaya mudah untuk mereka meneruskan rutin harian mereka meskipun anda tiada disisi mereka.

        Akhir sekali, sediakan platform untuk anda berkomunikasi dgn anak anda seperti muat turun applikasi yang membolehkan anda menghubungi mereka secara online spt apps imo dan muat turun juga waktu tempatan di Mekah & Malaysia sbg screensaver di handphone anda supaya anda dpt mengubungi mereka pada waktu yang sesuai.

        Applikasi ‘imo’ yang memudahkan anda berkomunikasi dengan yag tersayang di tanahair secara percuma

        Muat turun waktu tempatan di Mekah & Madinah sebagai ‘screen saver’

        Posted in Uncategorized | Leave a comment

        Travelogue Haji – Part 6: Berapa banyak duit yang perlu dibawa?

        Persoalan di atas juga penting. Pada pendapat saya, tidak perlu lah membawa terlalu banyak cash kerana dibimbangi ianya hilang dicuri, tercicir dan sebagainya. 

        Perlu diingatkan di sana ramai pencuri yang professional yang boleh memotong atau menoreh bag galas anda tanpa anda sedari dan seterusnya mencuri wang yang ada di dalam bag tersebut. 

        Ada juga terdengar bag galas jemaah haji diragut tanpa ehsan dan jemaah haji berkenaan ditumbuk kerana melawan peragut tersebut.

        Justeru, bawalah cash sekadar yang perlu sahaja & simpanlah di beberapa tempat selain di dalam bag galas seperti di poket seluar, poket baju, di dalam tali pinggang dan sebagainya.

        Sekiranya anda perlukan duit untuk kegunaan anda atau membeli – belah, ansa boleh mengeluarkan wang simpanan tabung haji anda di kaunter tabung haji samada di Mekah atau Madinah.

        Suasana di Kaunter Tabung Haji di Madinah

        Selain daripada itu, satu lagi cara yang pada saya agak mudah dan selesa ialah dengan membuka akaun Al-Rajhi Bank. Ini adalah kerana terdapat banyak mesin ATM Al-Rajhi Bank di kawasan sekitar masjidil haram & juga di Madinah yang memudahkan anda membuat transaksi pemgeluaran wang. 

        Kemudahan tabung haji itu sememangnya ada tapi kadang kala kita terpaksa menunggu lama dek kerana terlalu ramai jemaah yang mahu mengeluarkan wang.

        Seboleh mungkin, elakkan dari membuat tukaran wang di kaunter penukaran wang asing kerana anda mungkin ditipu di sini. Ini adalah disebabkan anda perlu meletakkan wang anda di kaunter yg tinggi dr tmpt anda berdiri & kadang-kadang perkerja di kaunter penukaran wang asing berkenaan memberitahu bahawa wang anda tidak mencukupi walhal anda telah berkali- kali mengira & pasti akan jumlah wang yang anda bawa & letakkan di atas kaunter tersebut.

        Posted in Uncategorized | Leave a comment

        Travelogue Haji – Part 5: Apa yang perlu dibawa

        Setiap jemaah haji dibenarkan membawa bagasi dengan berat 20kg seorang. Lazimnya seorang jemaah haji akan membawa 1 bag bagasi, 1 hand carry & 1 bag galas atau sling bag. Justeru, jemaah haji perlu merancang dengan baik akan barang – barang keperluan yang hendak dibawa.

        Berikut ada lah panduan am barangan yang perlu dibawa:

        Jemaah Lelaki

        1. Kain ihram  – 4 pasang
        2. Jubah            – 4 helai
        3. Kain pelikat – 4 helai
        4. T-shirt berpoket utk dipakai dlm jubah              – 4 helai
        5. T-shirt harian – 4 helai
        6. Seluar haji (paras buku lali utk dipakai dlm jubah) – 4 helai
        7. Seluar panjang biasa – 2 helai
        8. Kopiah           
        9. Tali pinggang ihram – 1 utas
        10. Seluar dalam – 5 helai
        11. Tuala mandi – 1 helai
        12. Uncang kasut 
        13. Uncang batu 
        14. Sejadah 
        15. Ubat gigi & berus gigi 
        16. Sabun mandi
        17. Kain basahan 
        18. Selipar 
        19. Sandal/ kasut 
        20. Sikat rambut
        21. Pengetip kuku
        22. Gunting kecil untuk bertahalul
        23. Botol spray wudhuk
        24. Face mask
        25. Torchlight kecil 

        Jemaah Wanita

        1. Jubah – 4 pasang
        2. Telekung bahagian atas shj – 3 helai
        3. Telekung lengkap – 1 pasang
        4. Tudung labuh – 3 helai
        5. T-shirt utk dipakai dlm jubah – 3 helai
        6. T-shirt harian – 4 helai
        7. T-shirt tgn panjang – 4 helai
        8. Seluar panjang utk dipakai dlm jubah – 3 helai
        9. Pakaian dalam – 5 pasang
        10. Tuala mandi 
        11. Uncang kasut
        12. Uncang batu
        13. Sejadah
        14. Sikat rambut
        15. Sabun mandi
        16. Berus & ubat gigi
        17. Pengetip kuku
        18. Gunting kecil untuk bertahalul
        19. Botol spray wudhuk,
        20. Tuala wanita secukupnya
        21. Panty liner secukupnya
        22. Disposable panties secukupnya
        23. Face mask
        24. Torchlight kecil
        25. Setokin – 8 pcs
        26. Sarung lengan – 8 pcs

        Keperluan lain

        1. Ubat -ubatan seperti panadol, strepsil, ubat batuk, vicks
        2. Vitamin
        3. Minyak panas, minyak urut, minyak gamat
        4. Makanan kering seperti sambal ikan bilis, sambal hitam, serunding
        5. Gula-gula hacks
        6. Hanger baju
        7. Hanger kain yang bynk sepit kain
        8. Penyepit kain
        9. Tali untuk buat ampaian
        10. Sabun basuh kain berbuku
        11. ‘S’ hook 
        12. Tissue
        13. Extension cable
        14. Botol air
        15. Kunci bag

        Sebahagian brg yg dibawa; penyangkut pakaian kecil, ‘S Hook’, kunci bag, botol air & bantal leher

              Nota (pd pendapat & pengalaman saya):

              1. Sekiranya anda mempunyai penyakit darah tinggi atau diabetis atau sebarang penyakit yang memerlukan pengambilan ubat secara berterusan & berkala, dapatkanlah bekalan ubat dari doktor untuk sepanjang tempoh anda mengerjakan haji.

              2. Bilangan pakaian yang perlu dibawa bergantung kepada musim ketika anda pergi mengerjakan haji. Sekiranya anda pergi pada musim panas, berkemungkinan anda perlu membawa lebih sedikit pakaian kerana anda akan banyak berpeluh ketika perjalanan pergi dan balik dari masjid sehingga basah pakaian yang dipakai.

              3. Disposable panties sangat berguna semasa di Arafah & Mina. Kesuntukan masa & kesesakan jemaah yang ramai menunggu giliran untuk menggunakan tandas & bilik mandi menyukarkan anda untuk membasuh pakaian.

              4. Perbanyakkan sedekah sewaktu di Makkah & Madinah kerana pahalanya berganda- ganda, justeru ubat – ubatan seperti strepsil misalnya memudahkan anda bersedekah sewaktu di masjid. Ketika anda terdengar ada jemaah yang batuk, maka hulurkan strepsil yang anda bawa kepadanya. Begitu juga dengan tissue, sedekahkan sehelai pada yang sedang menangis atau selesema. Extension Cable & makanan kering  yang anda bawa juga boleh dikongsi beramai – ramai sewaktu di bilik penginapan mahupun di khemah – khemah di Arafah & Mina. 

              Antara vitamin yang dibawa

              5. Sekiranya anda pergi sewaktu musim panas, bawalah pakaian dan telekung yang diperbuat dari kain kapas kerana ianya selesa & tidak panas.

              Telekung dari material kain kapas

              6. ‘S hook’ utk digunakan sewaktu di tandas/ bilik mandi di Arafah & Mina untuk sangkut tuala, toiletteries dan sebagaimana. Kemungkinan tandas & bilik mandi di Arafah & Mina yang anda gunakan tiada penyangkut baju/tuala. Jadi ‘S’ hook ini sangat berguna. Bawalah lebih & berikan kepada jemaah yang memerlukan.

              7. Kunci bag untuk anda mengunci bagasi sewaktu hendak berangkat ke Mekah atau Madinah, juga digunakan setelah anda menyimpan wang anda di dalam bagasi sebelum anda keluar dari bilik penginapan untuk ke masjid mahupun ke tempat- tempat lain.

              8. Usah terlalu banyak membeli sabun mandi tanpa bau, deodorant tanpa bau, losyen tanpa bau untuk ihram kerana anda tidak akan berada lama di dalam ihram. 

              9. Torchlight kecil akan digunakan sewaktu di Mudzaliffah untuk mencari anak batu

              10. Jangan bawa kasut selipar yg baharu dibeli kerana bimbang kaki anda melecet sewaktu di sana nanti. Sebaliknya bawa lah kasut atau selipar yang selesa dipakai. 

              11. Memandangkan anda akan banyak berjalan nanti, pilihlah kasut yang sesuai & bukan kasut bertumit tinggi. Antara jenama kasut yang sesuai dibawa adalah sketchers atau bata spt gambar di bawah. 

              Posted in Uncategorized | Leave a comment

              Travelogue Haji – Part 4: Pengesahan Penerbangan

              Sekiranya tiada masalah teknikal dan sebagainya, surat pengesahan penerbangan seperti di bawah biasanya akan dikeluarkan kepada jemaah haji selepas Hari Raya Aidilfitri iaitu pada bulan Syawal.

              Surat ini memperincikan tentang:

              • Nombor Penerbangan/ Pesawat
              • Tarikh Penerbangan Pergi & Pulang
              • Jangkaan waktu berangkat & ketibaan
              • Airport 
              • Tempoh berada di tanah suci
              • Miqat utk niat ihram 

                  Ketika surat ini sampai ke pangkuan anda, maka ia adalah satu tanda bahawa saat keberangkatan anda utk mengerjakan haji adalah semakin hampir. 

                  Penerbangan awal biasanya dijadualkan pd 1 Zulkaedah dan penerbangan akhir pula adalah kira-kira 2 minggu sebelum wukuf di dalam bulan Zulhijjah.

                  Apa yang perlu dilakukan pada ketika ini sehingga tarikh anda berangkat adalah memperkemaskan persediaan antaranya:

                  1. Mengulangkaji nota2 Kursus Haji
                  2. Berbincang dgn pasangan atau kawan-kawan yang akan mengerjakan haji bersama
                  3. Study peta Masjidilharam – kenal pasti landmark penting akan tempat- tempat makbul doa seperti Rukun Yamani, Maqam Ibrahim, Hijr Ismail, Multazam.
                  4. Study juga pintu-pintu masuk masjidil haram & kawasan -kawasan penting yang berdekatan dgn nya seperti Safwa Tower, tandas dan sebagainya.
                  5. Tingkatkan amalan & memperbanyakkan doa
                  6. Merancang & buat checklist barang-barang yg perlu dibawa & membeli secara berdikit – dikit.
                  7. Merancang diari haji 
                  8. Memberitahu keluarga & rakan – rakan. Ambil kesempatan untuk bertemu & bermaaf-maafan. 
                  9. Melunaskan segala hutang.
                  10. Merancang pembayaran komitment kewangan yang berkala seperti pinjaman perumahan, kenderaan, bil-bil utiliti dan sebagainya.
                  Posted in Uncategorized | Leave a comment

                  Travelogue Haji – Part 4: 3 Jenis Haji

                  Ada 3 jenis haji yang bakal jemaah haji perlu pilih sebelum berangkat untuk mengerjakan haji.

                  Secara ringkasnya ciri-ciri & perbezaan 3 jenis haji adalah seperti di bawah.

                  1. Haji Ifrad

                  Haji Ifrad ialah mengerjakan haji dahulu diikuti dengan umrah.  

                  Haji Ifrad bermula sebaik sahaja jemaah haji melafazkan niat haji di miqat  sehingga selesai kerja-kerja haji dan kemudiannya diikuti pula dengan umrah. 

                  Biasanya Haji Ifrad menuntut jemaah haji berada lama di dalam ihram kerana sebaik sahaja mereka melafazkan niat haji, mereka perlu mematuhi 13 larangan ihram sehingga selesai kerja-kerja haji.  

                  2. Haji Tamattuk

                  Haji Tamattuk pula ialah mengerjakan umrah dahulu diikuti dengan haji.  

                  Jemaah haji yang memilih haji tamattuk akan berniat umrah di miqat dan akan terus mengerjakan umrah & dalam masa yg sama perlu mematuhi 13 larangan ihram. Setelah selesai umrah; tawaf, saie & tahalul yang biasanya dlm tempoh beberapa jam, mereka akan bebas dari 13 larangan ihram. 

                  Seterusnya sebelum berangkat ke Arafah untuk wukuf pd 8 Zulhijjah, jemaah haji tamattuk akan melafazkan niat haji dikediaman masing-masing. 

                  3. Haji Qiran

                  Manakala Haji Qiran ialah mengerjakan haji & umrah serentak.

                  Apa pun jenis haji yg kita pilih, kita tidak perlu menyebutnya sewaktu kita melafazkan niat haji.

                  Seperkara lagi, apa pun jenis haji yang kita pilih tidak menjamin kita akan beroleh haji mabrur. Sebaliknya, haji mabrur bergantung bagaimana amalan, kekuatan iman, tahap kesabaran & kebergantungan kita kepada Allah s.w.t. di sepanjang tempoh kita mengerjakan haji yang sememangnya penuh dengan ujian & dugaan yang tersendiri.

                  Kenalpasti keupayan anda sendiri sebelum memilih jenis haji yang bakal anda lakukan.

                  Saya pilih Haji Tamattuk ☺

                  Posted in Uncategorized | Leave a comment