Travelogue Haji – Part 5: Apa yang perlu dibawa

Setiap jemaah haji dibenarkan membawa bagasi dengan berat 20kg seorang. Lazimnya seorang jemaah haji akan membawa 1 bag bagasi, 1 hand carry & 1 bag galas atau sling bag. Justeru, jemaah haji perlu merancang dengan baik akan barang – barang keperluan yang hendak dibawa.

Berikut ada lah panduan am barangan yang perlu dibawa:

Jemaah Lelaki

  1. Kain ihram  – 4 pasang
  2. Jubah            – 4 helai
  3. Kain pelikat – 4 helai
  4. T-shirt berpoket utk dipakai dlm jubah              – 4 helai
  5. T-shirt harian – 4 helai
  6. Seluar haji (paras buku lali utk dipakai dlm jubah) – 4 helai
  7. Seluar panjang biasa – 2 helai
  8. Kopiah           
  9. Tali pinggang ihram – 1 utas
  10. Seluar dalam – 5 helai
  11. Tuala mandi – 1 helai
  12. Uncang kasut 
  13. Uncang batu 
  14. Sejadah 
  15. Ubat gigi & berus gigi 
  16. Sabun mandi
  17. Kain basahan 
  18. Selipar 
  19. Sandal/ kasut 
  20. Sikat rambut
  21. Pengetip kuku
  22. Gunting kecil untuk bertahalul
  23. Botol spray wudhuk
  24. Face mask
  25. Torchlight kecil 

Jemaah Wanita

  1. Jubah – 4 pasang
  2. Telekung bahagian atas shj – 3 helai
  3. Telekung lengkap – 1 pasang
  4. Tudung labuh – 3 helai
  5. T-shirt utk dipakai dlm jubah – 3 helai
  6. T-shirt harian – 4 helai
  7. T-shirt tgn panjang – 4 helai
  8. Seluar panjang utk dipakai dlm jubah – 3 helai
  9. Pakaian dalam – 5 pasang
  10. Tuala mandi 
  11. Uncang kasut
  12. Uncang batu
  13. Sejadah
  14. Sikat rambut
  15. Sabun mandi
  16. Berus & ubat gigi
  17. Pengetip kuku
  18. Gunting kecil untuk bertahalul
  19. Botol spray wudhuk,
  20. Tuala wanita secukupnya
  21. Panty liner secukupnya
  22. Disposable panties secukupnya
  23. Face mask
  24. Torchlight kecil
  25. Setokin – 8 pcs
  26. Sarung lengan – 8 pcs

Keperluan lain

  1. Ubat -ubatan seperti panadol, strepsil, ubat batuk, vicks
  2. Vitamin
  3. Minyak panas, minyak urut, minyak gamat
  4. Makanan kering seperti sambal ikan bilis, sambal hitam, serunding
  5. Gula-gula hacks
  6. Hanger baju
  7. Hanger kain yang bynk sepit kain
  8. Penyepit kain
  9. Tali untuk buat ampaian
  10. Sabun basuh kain berbuku
  11. ‘S’ hook 
  12. Tissue
  13. Extension cable
  14. Botol air
  15. Kunci bag

Sebahagian brg yg dibawa; penyangkut pakaian kecil, ‘S Hook’, kunci bag, botol air & bantal leher

        Nota (pd pendapat & pengalaman saya):

        1. Sekiranya anda mempunyai penyakit darah tinggi atau diabetis atau sebarang penyakit yang memerlukan pengambilan ubat secara berterusan & berkala, dapatkanlah bekalan ubat dari doktor untuk sepanjang tempoh anda mengerjakan haji.

        2. Bilangan pakaian yang perlu dibawa bergantung kepada musim ketika anda pergi mengerjakan haji. Sekiranya anda pergi pada musim panas, berkemungkinan anda perlu membawa lebih sedikit pakaian kerana anda akan banyak berpeluh ketika perjalanan pergi dan balik dari masjid sehingga basah pakaian yang dipakai.

        3. Disposable panties sangat berguna semasa di Arafah & Mina. Kesuntukan masa & kesesakan jemaah yang ramai menunggu giliran untuk menggunakan tandas & bilik mandi menyukarkan anda untuk membasuh pakaian.

        4. Perbanyakkan sedekah sewaktu di Makkah & Madinah kerana pahalanya berganda- ganda, justeru ubat – ubatan seperti strepsil misalnya memudahkan anda bersedekah sewaktu di masjid. Ketika anda terdengar ada jemaah yang batuk, maka hulurkan strepsil yang anda bawa kepadanya. Begitu juga dengan tissue, sedekahkan sehelai pada yang sedang menangis atau selesema. Extension Cable & makanan kering  yang anda bawa juga boleh dikongsi beramai – ramai sewaktu di bilik penginapan mahupun di khemah – khemah di Arafah & Mina. 

        Antara vitamin yang dibawa

        5. Sekiranya anda pergi sewaktu musim panas, bawalah pakaian dan telekung yang diperbuat dari kain kapas kerana ianya selesa & tidak panas.

        Telekung dari material kain kapas

        6. ‘S hook’ utk digunakan sewaktu di tandas/ bilik mandi di Arafah & Mina untuk sangkut tuala, toiletteries dan sebagaimana. Kemungkinan tandas & bilik mandi di Arafah & Mina yang anda gunakan tiada penyangkut baju/tuala. Jadi ‘S’ hook ini sangat berguna. Bawalah lebih & berikan kepada jemaah yang memerlukan.

        7. Kunci bag untuk anda mengunci bagasi sewaktu hendak berangkat ke Mekah atau Madinah, juga digunakan setelah anda menyimpan wang anda di dalam bagasi sebelum anda keluar dari bilik penginapan untuk ke masjid mahupun ke tempat- tempat lain.

        8. Usah terlalu banyak membeli sabun mandi tanpa bau, deodorant tanpa bau, losyen tanpa bau untuk ihram kerana anda tidak akan berada lama di dalam ihram. 

        9. Torchlight kecil akan digunakan sewaktu di Mudzaliffah untuk mencari anak batu

        10. Jangan bawa kasut selipar yg baharu dibeli kerana bimbang kaki anda melecet sewaktu di sana nanti. Sebaliknya bawa lah kasut atau selipar yang selesa dipakai. 

        11. Memandangkan anda akan banyak berjalan nanti, pilihlah kasut yang sesuai & bukan kasut bertumit tinggi. Antara jenama kasut yang sesuai dibawa adalah sketchers atau bata spt gambar di bawah. 

        Advertisements
        Posted in Uncategorized | Leave a comment

        Travelogue Haji – Part 4: Pengesahan Penerbangan

        Sekiranya tiada masalah teknikal dan sebagainya, surat pengesahan penerbangan seperti di bawah biasanya akan dikeluarkan kepada jemaah haji selepas Hari Raya Aidilfitri iaitu pada bulan Syawal.

        Surat ini memperincikan tentang:

        • Nombor Penerbangan/ Pesawat
        • Tarikh Penerbangan Pergi & Pulang
        • Jangkaan waktu berangkat & ketibaan
        • Airport 
        • Tempoh berada di tanah suci
        • Miqat utk niat ihram 

            Ketika surat ini sampai ke pangkuan anda, maka ia adalah satu tanda bahawa saat keberangkatan anda utk mengerjakan haji adalah semakin hampir. 

            Penerbangan awal biasanya dijadualkan pd 1 Zulkaedah dan penerbangan akhir pula adalah kira-kira 2 minggu sebelum wukuf di dalam bulan Zulhijjah.

            Apa yang perlu dilakukan pada ketika ini sehingga tarikh anda berangkat adalah memperkemaskan persediaan antaranya:

            1. Mengulangkaji nota2 Kursus Haji
            2. Berbincang dgn pasangan atau kawan-kawan yang akan mengerjakan haji bersama
            3. Study peta Masjidilharam – kenal pasti landmark penting akan tempat- tempat makbul doa seperti Rukun Yamani, Maqam Ibrahim, Hijr Ismail, Multazam.
            4. Study juga pintu-pintu masuk masjidil haram & kawasan -kawasan penting yang berdekatan dgn nya seperti Safwa Tower, tandas dan sebagainya.
            5. Tingkatkan amalan & memperbanyakkan doa
            6. Merancang & buat checklist barang-barang yg perlu dibawa & membeli secara berdikit – dikit.
            7. Merancang diari haji 
            8. Memberitahu keluarga & rakan – rakan. Ambil kesempatan untuk bertemu & bermaaf-maafan. 
            9. Melunaskan segala hutang.
            10. Merancang pembayaran komitment kewangan yang berkala seperti pinjaman perumahan, kenderaan, bil-bil utiliti dan sebagainya.
            Posted in Uncategorized | Leave a comment

            Travelogue Haji – Part 4: 3 Jenis Haji

            Ada 3 jenis haji yang bakal jemaah haji perlu pilih sebelum berangkat untuk mengerjakan haji.

            Secara ringkasnya ciri-ciri & perbezaan 3 jenis haji adalah seperti di bawah.

            1. Haji Ifrad

            Haji Ifrad ialah mengerjakan haji dahulu diikuti dengan umrah.  

            Haji Ifrad bermula sebaik sahaja jemaah haji melafazkan niat haji di miqat  sehingga selesai kerja-kerja haji dan kemudiannya diikuti pula dengan umrah. 

            Biasanya Haji Ifrad menuntut jemaah haji berada lama di dalam ihram kerana sebaik sahaja mereka melafazkan niat haji, mereka perlu mematuhi 13 larangan ihram sehingga selesai kerja-kerja haji.  

            2. Haji Tamattuk

            Haji Tamattuk pula ialah mengerjakan umrah dahulu diikuti dengan haji.  

            Jemaah haji yang memilih haji tamattuk akan berniat umrah di miqat dan akan terus mengerjakan umrah & dalam masa yg sama perlu mematuhi 13 larangan ihram. Setelah selesai umrah; tawaf, saie & tahalul yang biasanya dlm tempoh beberapa jam, mereka akan bebas dari 13 larangan ihram. 

            Seterusnya sebelum berangkat ke Arafah untuk wukuf pd 8 Zulhijjah, jemaah haji tamattuk akan melafazkan niat haji dikediaman masing-masing. 

            3. Haji Qiran

            Manakala Haji Qiran ialah mengerjakan haji & umrah serentak.

            Apa pun jenis haji yg kita pilih, kita tidak perlu menyebutnya sewaktu kita melafazkan niat haji.

            Seperkara lagi, apa pun jenis haji yang kita pilih tidak menjamin kita akan beroleh haji mabrur. Sebaliknya, haji mabrur bergantung bagaimana amalan, kekuatan iman, tahap kesabaran & kebergantungan kita kepada Allah s.w.t. di sepanjang tempoh kita mengerjakan haji yang sememangnya penuh dengan ujian & dugaan yang tersendiri.

            Kenalpasti keupayan anda sendiri sebelum memilih jenis haji yang bakal anda lakukan.

            Saya pilih Haji Tamattuk ☺

            Posted in Uncategorized | Leave a comment

            Travelogue Haji – Part 3: Surat Tawaran; Pilih Penerbangan Awal ke Akhir?

            Sebaik sahaja menerima surat tawaran seperti di bawah ini, saya pasti pelbagai perasaan akan bermain di fikiran masing2 kan? Rasa takut, rasa x bersedia, rasa gembira, rasa sebak & seribu satu macam perasaan bercamput baur. 

            Apapun, tahniah diucapkan kepada anda. Saat anda menerima surat ini bermakna langkah anda untuk bergelar haji/hajjah seterusnya menyempurnakan rukun islam ke 5 semakin hampir.

            Ada 2 persoalan saat yang perlu anda jawab saat terima surat ini iaitu:

            • Mahu pergi secara muasasah atau pakej?
            • Penerbangan awal atau akhir?

            Muasasah atau Pakej?

            Sekiranya berkemampuan, adalah sangat sangat sangat disarankan untuk pergi dengan pakej.  

            Meskipun begitu, cabaran atau ujian yang bakal dilalui sewaktu mengerjakan haji tidak mengenal jemaah muasasah atau pakej. Semua jemaaah ada bahagian atau ujian yang tersendiri. 

            Penerbangan awal atau akhir

            Bagi tujuan ini, saya gunakan kitaran haid saya sebagai panduan. 

            Menurut period tracker apps  yang saya download di handphone saya, saya dijangka haid sekitar waktu wukuf. Haid saya biasanya panjang & kadang – kadang ada interval. 

            Saya bimbang sekiranya saya pilih utk pergi dengan penerbangan awal, saya akan terkejar-kejar untuk tawaf & tergesa -gesa untuk menyempurkan kerja – kerja haji sebab saya perlu segera pulang ke Malaysia. 

            Macam tak best lah pulak bila kita buat ibadah dlm keadaaan rushing. Jadi saya pilih untuk pergi dengan penerbangan akhir. Saya mahu melalui setiap step dengan tenang & penuh nikmat. 

            Alhamdulillah Allah mudahkan.

            So, mana best pergi dengan penerbangan awal atau akhir?

            Pada saya tiada beza awal atau akhir. Di saat kemuncak haji, segala kerja-kerja haji dilakukan secara serentak oleh semua jemaah tidak kira jemaah dari penerbangan awal atau akhir. 

            Kalau pun ada perbezaan mungkin dari segi kesibukan suasana. Dimana sekiranya anda memilih untuk pergi dengan penerbangan awal, kebiasaannya anda akan ke Madinah dahulu dan apabila hampir waktu wukuf,  anda akan bergerak ke Makkah dengan bermiqat di Bir-ul Ali. Keadaan di Makkah waktu itu agak tenang dan tidak sesak dengan jemaah yang ramai. Keadaan di masjidil haram akan beransur – ansur padat dengan kehadiran jemmah haji secara berperingkat – peringkat.  Jemaah dari penerbangan awal akan pulang lebih awal setelah selesai kerja- kerja haji. 

            Sekiranya anda memilih untuk pergi dengan penerbangan akhir, anda akan terus ke Mekkah dan bermiqat di atas kapal terbang saat ia melintas Qarnul Manazil. Keadaan di Makkah sewaktu anda sampai sudahpun padat & bersesak – sesak dek jumlah jemaah haji yg ramai yang telah pun memenuhi Makkah. Selesai kerja haji anda akan merasai keadaan menjadi tenang dek pengurangan jemaah haji yang berangkat pulang secara berperingkat.  Jemaah dari penerbangan akhir akan ke Madinah menziarahi maqam Rasulullah s.a.w. & sahabat baginda, ziarah Jabal Uhud & kawasan sejarah lainnya sebelum pulang ke Malaysia.

            Posted in Uncategorized | Leave a comment

            Travelogue Haji – Part 3: Muasasah vs. Pakej

            Apa bezanya Muasasah & Pakej Haji ?
            Berikut adalah perbezaan antara Muasasah & Pakej menurut pengetahuan saya.

            Muasasah

            1. Dikendalikan oleh Tabung Haji
            2. Kos nya agak rendah
            3. Jemaah haji ditempatkan bersama-sama 4-6 orang jemaah lain sebilik
            4. Jarak penginapan agak jauh dari masjidilharam; lebih kurang 800mtr – 1km
            5. Jumlah jemaah yg ramai

            Pakej

            1. Dikendalikan oleh Travel Agent yg berdaftar dengan Tabung Haji. Pada tahun 2017, ada kira-kira 13 Travel Agent yg diluluskan oleh Tabung Haji. Kena rajin-rajin melawat laman web Tabung Haji utk mengetahui nama Travel Agent yg dipilih oleh Tabung Haji.
            2. Kos agak mahal berbanding dgn muasasah bergantung kpd (a) jarak tmpt penginapan dengan masjidilharam, & (b) jumlah rakan sebilik. Secara ringkasnya jika anda pilih pakej yang dekat dgn masjid & berdua sebilik kosnya lebih mahal berbanding dgn jarak yg agak sederhana & tinggal bersama 4 org sebilik.
            3. Anda boleh memilih pakej yg menawarkan serendah 2 org sebilik atau 4 org sebilik atau 6 org sebilik.
            4. Jarak penginapan antara 50 meter – 600 meter.
            5. Jumlah jemaah yang terhad
              Posted in Uncategorized | Leave a comment

              Travelogue Haji – Part 3: Pergi dengan Tabung Haji ke Pakej?

              Soalan di atas acapkali di terima.

              “Pergi dengan Tabung Haji ke Pakej”? 

              Sebenarnya apa-apa urusan berkaitan dgn haji mestilah melalui Tabung Haji termasuk had kuota mengerjakan haji. 

              Hatta surat tawaran mengerjakan haji pun dikeluarkan oleh pihak Tabung Haji. 

              Cumanya terdapat dua kaedah pengendalian urusan haji yg kadang-kadang mengelirukan bakal-bakal jemaah haji, iaitu:

              1. Muasasah – dikendalikan oleh Tabung Haji
              2. Pakej Haji – dikendalikan oleh Travel Agent yang berdaftar dengan Tabung Haji termasuk TH Travel.

                Sekiranya anda memilih untuk pergi secara Pakej, anda perlu memberitahu Tabung Haji sewaktu anda menjawab Surat Tawaran dari Tabung Haji.

                Posted in Uncategorized | Leave a comment

                Travelogue Haji – Part 2.3: Persediaan Fizikal

                Persediaan ketiga yang akan dikongsikan di sini ialah persediaan fizikal.

                Ibadah haji sememangnya bynk berkait dengan aktiviti fizikal. Tawaf, sai’e dan melontar di ketiga-tiga jamrah pada 3 hari berturut2 menuntut tahap fitness & kesihatan badan kita dalam keadaan baik. 

                Berikut adalah anggaran jarak perjalanan yang bakal seorang jemaah haji ambil sewaktu mengerjakan haji/umrah. 

                Nota: catatan perjalanan ini saya ambil dr blog jomkitaumrah.wordpress.com/tag/tawaf/, yg saya edit sedikit di bahagian tawaf & perjalanan melontar

                • Perjalanan dari hotel ke dataran masjidil haram;  ada yang 50 meter, dan ada yang sejauh 1km
                • Perjalanan dari dataran masjid ke dataran ka’abah – di anggarkan dalam 200 meter
                • Tawaf sebanyak tujuh (7) pusingan mengelilingi Ka’abah- Saya tidak pernah tahu berapa jumlah jaraknya dalam meter atau kilomeyer bagi setiap pusingan tetapi saya ada membaca dalam blog orang lain, katanya jika tawaf dibahagian dataran Ka’abah, jaraknya antara penjuru Hajar Aswad dan kembali ialah kira-kira 200 meter.Maka 7 pusingan, kira-kira 1.4km.  Ada kalanya situasi didataran terlalu sesak maka kita terpaksa tawaf di tingkat lain / mataf dimana jarak untuk menyelesaikan 7kali pusingan tawaf ialah 5.4 km
                • Sa’ie – Anggaran jauh antara Bukit Safa dan Bukit Marwah ialah 500 meter. Maka 7 kali berulang alik antara Safa & Marwah bersamaan dengan 3.6 km.

                Antara Safwa & Marwah. Jemaah lelaki disunatkan berlari-lari anak dikawasan berlampu hijau


                • Balik ke hotel selepas Sa’ie – antara 200 meter hingga 1++km (termasuklah singgah ke kedai makan, kedai barang, sehingga kembali ke hotel)

                Maka Total Jarak Melangkah bagi satu Umrah: Antara 6 kilometer ke 9 kilometer.

                • Aktiviti melontar 3 jamrah pada 3 hari tasyrik juga memerlukan kita berjalan dari maktab ke jamrah. Sekiranya kita memilih untuk pergi secara muasasah, jarak perjalanan pergi balik maktab (khemah) – jamrah-maktab mencecah 7km satu hari.
                • Justeru, nak tak nak kita perlu membuat persediaan fizikal secukupnya.

                Sebelum kita membuat aktiviti fizikal, kita kenal pasti dahulu tahap fitness, kemampuan juga keadaan kesihatan kita sendiri. Jangan buat strenuous activity kalau kita tak mampu.

                Antara persediaan fizikal yang kita boleh lakukan ialah berjogging, brisk walk, jungle trekking, hiking, berzumba dan sebagainya.

                Banyakkan aktiviti fizikal sebelum berangkat mengerjakan haji atau umrah


                Posted in Uncategorized | Leave a comment